Tuesday, August 23, 2011

KHALID GUNA NAMA SULTAN

MB Selangor guna nama Sultan Selangor untuk kepentingan politik beliau dalam kes JAIS dgn gereja. Adakah patut Sultan di heret bersama dgn beliau utk cuba selesaikan masalah yg di hadapai oleh kerajaan Negeri Selangor sekarang ini. Bagimda Sultan , menurut Khalid telah berkenan utk di tubuhkan Syura bagi membantu selesaikan kes yg menghantui Khalid sekarang.
Kita jangan lupa yang kes tersebut di lakukan dengan kerjasama Dato Hassan Ali exco Agama Selangor.Khalid amat berang dengan peristiwa ini dan mengarahkan Hassan supaya tidak mengambil apa apa tindakan lanjut sehingga Kerajaan Negeri dapart selesaikan nya .
Akhbar perdana telah mendedahkan kegiatan memurtadkan umat Islam oleh gereja tersebut dan tersiar juga beberapa pengakuan dari mereka yang telah murtad . Inilah yang menjadi isu ini panas dan Khalid tak lena tidur.dalam hal yang sama DAP telah menggugat PKR Selangor agar membuang kes tersebut . INi adalah kerana Gereja tersebut adalah gereja yg di naungi oleh masyarakat Kristian Cina.
Beberapa hari yg lepas terdapat juga laporan yang ada pusat tuisyen yg cuba memurtadkan anak anak org Islam .
Nampaknya kegiatan memesong akidah umat Islam oleh pendukung agama Kristian telah menjadi jadi di negeri Selangor sejak PKR memerintah.
Sebab itu lah Baginda Sultan menjadi murka terhadap Menteri Besar Khalid gagap.

Monday, August 22, 2011

DIA TAK AKAN MENGAKU .

Semalam Anwar membela dirinya di mahkamah. Kita semua telah menjangka apa yang akan berlaku dan sama seperti yang dijangkakan, Anwar tak mengaku dirinya bersalah meliwat Saiful. Dia juga memilih jalan mudah untuk membuat pembelaan dari kandang tanpa membuat sumpah cakap benar.
Sekalai lagi dia bersikap tak mahu angkat sumpah. tak perlu katanya. Tapi bila kena kes orang lain dia yang terburu buru minta orang itu angkat sumpah dan letak jawatan. Natara mangsa mangsa nya aialah Rahim Thamby Chik dan Mohamad Md.Taib. Mereka ini hilang jawatan selepas di paksa oleh Anwar yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.
Sekarang Anwar dalam pembelaan nya yang dibuat dalam Bahasa Inggeris dan di sebarkan kepada semua akhbar luar negeri yang ada di mahkamah, secara terang menuduh yang kes itu adalah satu konspirasi jahat politik dengan tujuan untuk membunuh kareskter nya.
Dengan membuat pembelaaan dari kandang , Anwar terlepas dari di soal siasat oleh [endakwaan. Cerdiknya Anwar! Tapi satu kajian sedang dibuat supaya membolehkan pihak pendakwaan membuat soal jawab.
Anwar juga mendakwa yang Hakim perbicaraan adalah tidak adil dan bersikap bias. Dalam erti kata yang lain Anwar menyelar Hakim sebagai tidak layak mengadili kes yang dihadapainya. Mungkin Anwar hendak memilih Hakim nya sendiri! Dalam sejarah mahkamah, mana ada si pesalah boleh memilih Hakim yang akan mengadili kes? Di Amerika dan England pun belum pernah terjadi tertuduh di beri hak untuk memilih Hakim yang akan mengadili kes di mahkamah. Jika berlaku dalam kes ini bererti ini lah pertama kali dalam sejarah mahkamh dunia yg tertuduh dibolehkan memilih Hakim!Adakah itu satu penghakiman yang adil? Hanya Anwar saja yang akana berkata itu adalah Adil.
Sekiranya Anwar berkata kes ini adalah konspirasi politik mengapa tidak di panggil Tun Mahathir yg dulu memcatnya ke mahkamah? Apa Anwar takutkah? Dan mengapa Anwar tidak mahu membuat pembelaaan secara bersumpah? Sebenarnya dia TAKUT ! Dia takut! Oleh itulah dia asyik menyebut bahawa ini adalah kes konspirasi politik.

Thursday, August 4, 2011

Rancangan Kotor Pembangkang Nak Jatuhkan Najib

Aku dah agak perkara ini akan tentu berlaku. Ini sudah dijangka terutama bila dah dekat dengan pilihanraya 13. wah ! Anwar , kau memang bijak mengatur strategi tapi aku dah boleh baca segala gerak geri kau .
tahun ini saka berbagai psywar event yang kau buat termasuk demo Bersih yg kau saja panggil Bersih, sehinmgga seluruh negara menjadi kacau. Kemudian kau ganggu Polis denagn alasan Polis kejam terhadap pendemo jalanan seperti kau yang kena gas pemedih mata. Kemudian kau attack judicial system konon nya tidak ada keadilan dan yang terkini kau menghasut dengan menghebah berita terdapat gerakan untuk menjatuhkan Najib didalam UMNO sendiri! What a big joke!
Untuk makluman kau yang teklah lama di buang dari UMNO , sekarang ini UMNO adalah didalam keadaan terkuat untuk menentang sesiapa pun termasuk kau sendiri yang tidak yakin boleh menang pilihanraya tanpa bantuan dari DAP dan PAS !
UMNO sekarang boleh bertentang mata dengan DAP untuk merampas Pulau Pinang dan Selangor!.
Nampaknya kau terlupa yang DAP dan PAS sekarang sedang merangka satu strategi untuk menang pilihanraya tanpa pakatan dengan PKR kerana kepada mereka PKR adalah parti yg akan menjadi liabiliti kepada pakatan mereka. dan PKR juga adalah didalam kedaaan paling lemah dan sudah pasti tidak mampu menang PRU 13 nanti.
Ini buakan satu gertaakan tapi realiti dan kamlumat ini di perolehi dari beberapa orang kuat DAP yang kami kunjungi . Jangan terkejut kerana berita ini lambat laun akan sampai pada kau juga Anwar. Mjungkin juga kerana kau tidak mungkin dapat di sekamatkan lagi dari kes mahkamah yang akhirnya akan menempatkan kau semula di Sungai Buloh. Inilah yang dipanggil kudrat , dan kudrat kau akan terjadi sebegini rupa . A Tragic Ending !!!!!

Tuesday, August 2, 2011

Pilihanraya Umum 13 tahun ini?

Kita jangan lupa yang Perdana Menteri seorang saja yang tahu bilakah tarikh PRU 13. Banyak orang politik yang menjangka PRU 13 akan di adakan pada tahun ini juga, dan banyak juga yang yakin bahawa PRU 13 akan di adakan pada tahun depan.
Orang yang paling seronol juka PRU diadakan tahun ini ialah Anwar Ibrahim. Ini adalah kerana dia merasa yang PKR akan menang besar berdasarkan kehadiran dan sambutan ceramah ceramah PKR selama ini.
Dengar kabar Anwar telah pun siap menyenaraikan susunan kabinetnya. Tak sabar nampaknya kawan kita ni nak jadi Perdana Mneteri.Tapi walau bagaimana pun PKR kenalah bertarung dalam PRU dulu. anwar hanya boleh jadi PM jika PKR menang besar, kalau menang hanya dua atau tiga kersui saja , cita cita tu hanya lah tinggal mimpi.
Kalau nak di lihat dari PRK Sarawak , PKR hanya menang 3 kerusi dari 42 yg di tandinginya. Dimana silapnya percaturan politik Anwar? Yang datang hadir ceramah ramai tapi yg manang hanya tiga!!!
Taapi yang jelas, DAP dan PAS yang semakin polular yg boleh menggugat BN bukan nya PKR!

Monday, August 1, 2011

Berita Angin Politik lagi !!!!

Aku terkejut mendengar dan melihat Zahrain buat kenyataan yang Tengku Razaliegh telah di hubungi oleh beberapa pemimpin pembangkang utk dilantik sebagai Ketua Pembangkang yang baru bagi mengganti Anwar Ibrahim. Ini adalah sebagai persediaan juka Anwar di dapati bersalah dalam kes sodomi 2 nya.
Mula mula heran juga aku tapi bila dah jelas sikit nampak yang sebenarnya berita itu tak benara pun. Tengku razaliegh walaupun masih beraktif dalam politik tapi ternyata usia tidak menyebelahi beliau dan sungguhpun pernah mencabar Dr.mahathir satu ketika dulu tapi beliau sekarang ini hanya menumpukan kegiatan politiknya di kawasan Gua Musang, yang memerlukan khidmat bakti nya secara khusus.
Oleh itu cerita yang dibawa oleh Zahrain itu adalah berita yang di pancing dari pengail pengail PKR yang masih bersahabat dgn beliau dan mereka telah berjaya mengelirukan fikiran rakyat. Mereka juga berjaya membodohkan Zahrain yang hampir percaya cerita karut ini.
Satu nasihat kepada Abg Zaharain, lain kali periksa dulu berita berita yg di sampaikan oleh PKR ni, dan jangna mudah melatah.

Ramadhan al Mubarak

Didalam bulan yang baik ini aku hanya mahu membuat kebaikan dan banyak beribadat kepada Allah swt.Aku inginmembuat kebajikan danmmenambah amal ibadat ku dan semoga Allah mengampunkan segala dosa dosaku yg lepas. Amin.