Monday, March 5, 2012

Kadir &Co

Petang ini adik Kadir , Aziz nak buat press conference. Kita semua dah boleh agak , sebab Aziz nak buat press conference. Dia nak kata yang dia tak terlibat dengan abang dia dan apa yang di katakan oleh Kadir tak ada kena mengena dengan Aziz dan UMNO Kulim. Apa pun yang dia nak kata , kita semua rasa kecewa dengan Kadir , dia sanggup anggap penyokong dia di Kuli, selama ini sebagai pemakan rasuah.Tapi mengapa sekarang yang dia bersuara? mengapa semasa dia menang dulu dia diam saja? saya pun terasa juga kerana saya adalah pengundi dari Kulim Bandar Baru. Adakah saya juga menerima duit haram dari Kadir ?Yang saya tahu Kadir ni nak belanja lima sen pun macam roda kereta lembu, ini nak bagi duit kat orang. dah bertahun orang Kulim kerja untuk Kadir, berapa orang yang dia telah bayar? Saya nak minta SPRM siasat Kadir . Sekiranya betul, saya nak miinta suapaya Kadir di hadap ke mahkamah kerana memberi rasuah. Jadi sekarang ini kami orang Kulim dah tak percaya dengan Kadir dan adik dia Aziz lagi. Dua dua boleh belah dari Kulim ini kerana orang Kulim dah ada calun orang Kulim sendiri . Kami tak mau lagi oarang luar jadi calon di Kulim Bandar Baru. saya harapa YAB PM baca posting ini dan juga member member oarng Kulim semuanya. Mari kita ramai ramai tolak adik beradik Kadir dan Aziz Sheikh Fadzir.

No comments:

Post a Comment