Tuesday, August 2, 2011

Pilihanraya Umum 13 tahun ini?

Kita jangan lupa yang Perdana Menteri seorang saja yang tahu bilakah tarikh PRU 13. Banyak orang politik yang menjangka PRU 13 akan di adakan pada tahun ini juga, dan banyak juga yang yakin bahawa PRU 13 akan di adakan pada tahun depan.
Orang yang paling seronol juka PRU diadakan tahun ini ialah Anwar Ibrahim. Ini adalah kerana dia merasa yang PKR akan menang besar berdasarkan kehadiran dan sambutan ceramah ceramah PKR selama ini.
Dengar kabar Anwar telah pun siap menyenaraikan susunan kabinetnya. Tak sabar nampaknya kawan kita ni nak jadi Perdana Mneteri.Tapi walau bagaimana pun PKR kenalah bertarung dalam PRU dulu. anwar hanya boleh jadi PM jika PKR menang besar, kalau menang hanya dua atau tiga kersui saja , cita cita tu hanya lah tinggal mimpi.
Kalau nak di lihat dari PRK Sarawak , PKR hanya menang 3 kerusi dari 42 yg di tandinginya. Dimana silapnya percaturan politik Anwar? Yang datang hadir ceramah ramai tapi yg manang hanya tiga!!!
Taapi yang jelas, DAP dan PAS yang semakin polular yg boleh menggugat BN bukan nya PKR!

No comments:

Post a Comment