Monday, November 7, 2011

Nasib Anwar tak lama Lagi.

tak lama lagi kita akan tahu keputusan mahkamah dalam perbicaraan Sodomi 2.Entah menang atau kalah belum tentu . Tapi apa yang pasti ada kemungkinan besar keputusan hakim tidak memihak kepada Anwar. Ini adalah kerana dilihat pembelaan yang di lakukan oleh Anwar dan rakan rakan expert nya yang di bawa dari luar negeri adalah lebih banyak membawa rebah dari menyokong. Kenyataan Anwar sendiri amat meragukan dan ada yang berpendapat kenyataan yang sepatutnya menjadi pertahanan Anwar bertukar menjadi racun kepada nya.
Jika didapati bersalah , besar kemungkinan Anwar akan menggerakkan demonstrasi jalanan semula bagi mendesak kerajaan membebaskan nya dengan cara politik. Besar keumnkinan akan ada banyak rakyat yang akan turut bersimpati dengan Anwar terutama anggota parti PKR dan PAS yang terang terang menyokong nya walaupun didapati bersalah oleh mahkamah .
Rakyat Malaysia tidak perlu menjadi pak turut , tetapi perlu menggunakan akal fikiran.
Lim Guan Eng telah pun berkata sekiranya Pakatan rakyat memenangi PRU akan datang , Anwar akan tetap menjadi Perdana Menteri walaupun berada didalam penjara. Fikrilah semula , mana ada Perdana Menteri mentadbir negara jika berada didaklam penjara ! Ini lah wayang kulit DAP ! Mereka hanya mempermainkan kaum Melayu. Melayu perlu sadar kepada kenyaaan ini. Biar mahkamah membuat keputusan. Kata pepatah , jika takut dilambung ombak , jangan berumah di tepian pantai.

No comments:

Post a Comment